Pages

Monday, 26 February 2018

Holiday With Family



SEMESTER HOLIDAY & CHINESE NEW YEAR HOLIDAY




Asssalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah Allah masih meminjamkan nyawa kepada saya untuk terus bernafas sehingga hari ini.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang aktiviti saya ketika cuti pada 14/2/2018 hingga 24/2/2018.
Saya sekeluarga tidak gemar untuk pergi melancong kerana kami sekeluarga lebih selesa untuk meluangkan masa bersama di rumah.Kami sekeluarga akan berkumpul beramai-ramai serta membuat jamuan makan-makan apabila abang,kakak,abang ipar,kakak ipar serta anak saudara pulang.Suasana sangatlah meriah kerana saya mempunyai adik-beradik yang ramai.Aktiviti saya ketika seminggu di rumah ialah melakukan tugas yang dilakukan oleh seorang ibu tanpa jemu pada setiap hari,masa dan saat iaitu mengemas rumah,memasak dan sebagainya.Saya sangat suka melakukannya kerana saya merupakan insan yang kurang berminat untuk keluar melepak bersama kawan-kawan kecuali apabila perlu.Saya lebih suka untuk berada di rumah.Saya amat menghargai masa saya bersama keluarga dirumah kerana pengalaman selama 5 tahun berada di sekolah berasrama penuh berjauhan dengan keluarga serta hidup berdikari membuatkan saya tidak boleh untuk melepaskan walaupun sesaat masa saya bersama keluarga.
MY FAMILY IS MY PRIORITY.
Selain itu,saya juga menghadiri majlis perkahwinan anak jiran pada tanggal 17/2/2018.Banyak lagi aktiviti yang saya lakukan dirumah...
Mungkin bagi anda cuti saya tidak menarik tetapi bagi saya cuti saya amatlah menarik kerana saya bersama keluarga saya...
Tiada apa yang lebih berharga di dunia ini selain dapat bersama keluarga yang tercinta..

No comments:

Post a Comment